Gabungan dua pondok bas yang menjadi keunikan pondok ini. Pondok yang setia menanti kehadiran murid setiap hari. Pagi ini hujan membasahi bumi, namun bukan halangan untuk murid hadir ke sekolah dn disambut oleh Guru Penolong Kanan 1 & guru bertugas. Tahniah semua murid yang hadir hari ni.
Peranan - mendapatkan maklumat tentang sesuatu isu / tajuk.
Menjalankan temubual - mencatat & membuat rakaman.
Impak program kepada murid :- - meningkatkan ilmu pengetahuan - membina keyakinan diri - meningkatkan kemahiran komunikasi - mengalakkan pemikiran kritis dan kreatif - membentuk semangat berpasukan - memperkasa aktiviti literasi maklumat
Ahli : 8 orang, Guru Pembimbing : Cikgu Dg Norlela, Cikgu Sherone & Teacher Norhairani
Pengalaman pertama menemubual Cikgu Isah berkenaan tajuk Sejarah & Perkembangan SK Buang Sayang, Papar. Cikgu Isah dipilih kerana beliau merupakan guru berpengalaman dan yang paling lama berkhidmat di sekolah ini.
Turut disampaikan amanat dan kata-kata motivasi dari Guru Besar.
Didoakan semoga terus sukses Team Wartawan Cilik dan tidak gentar untuk menyahut cabaran