Rak Digital PSSSMART SK Buang Sayang

Bahan bacaan kini di hujung jari anda. Klik link https://anyflip.com/bookcase/tphvx untuk mula membaca buku secara atas talian.

P/s: Jangan lupa ubah tetapan ke "desktop site" jika anda menggunakan telefon pintar.
Selamat membaca
#SKBSSMART #bekarihkitani

27 April, 2022

"16 PILLARS OF WISDOM"

Gabungan dua pondok bas yang menjadi keunikan pondok ini.
Pondok yang setia menanti kehadiran murid setiap hari. Pagi ini hujan membasahi bumi, namun bukan halangan untuk murid hadir ke sekolah dn disambut oleh Guru Penolong Kanan 1 & guru bertugas.
Tahniah semua murid yang hadir hari ni.

26 April, 2022

Sumbangan bahan bantu PDP KIT PAK-21 dari Team SISC+ PPD Papar (SPB)

Penolong Kanan 1, Cikgu Mohammad Annuar A.Hamzah menerima sumbangan bahan bantu PDP KIT PAK-21 dari Team SISC+ PPD Papar (SPB).

Terima kasih banyak atas kemurahan hati. Semoga sumbangan ini dapat menjadikan sesi pdp lebih menarik, seronok dan bermakna.



Muafakat dan terus melangkah ke hadapan
#paparsmart #skbssmart #bekarihkitani #misiapsskebangsaan2022 #misiserasi2023
#TS25kohort5

22 April, 2022

Program Inisiatif PSS - Team Wartawan Cilik SKBS

Peranan - mendapatkan maklumat tentang sesuatu isu / tajuk. 
Menjalankan temubual - mencatat & membuat rakaman.

Impak program kepada murid :-
- meningkatkan ilmu pengetahuan
- membina keyakinan diri
- meningkatkan kemahiran komunikasi
- mengalakkan pemikiran kritis dan kreatif
- membentuk semangat berpasukan
- memperkasa aktiviti literasi maklumat
 
Ahli : 8 orang, Guru Pembimbing : Cikgu Dg Norlela, Cikgu Sherone & Teacher Norhairani
 
Pengalaman pertama menemubual Cikgu Isah berkenaan tajuk Sejarah & Perkembangan SK Buang Sayang, Papar. Cikgu Isah dipilih kerana beliau merupakan guru berpengalaman dan yang paling lama berkhidmat di sekolah ini.

Turut disampaikan amanat dan kata-kata motivasi dari Guru Besar.
Didoakan semoga terus sukses Team Wartawan Cilik dan tidak gentar untuk menyahut cabaran



21 April, 2022

Program Jom Baca 10 Minit SK Buang Sayang Papar

"Bangkit Baca Syukur"
Program Jom Baca 10 Minit SK Buang Sayang Papar
21 April 2022 - 11.00 hingga 11.10 pagi.

Tahniah semua murid dan guru-guru yang terlibat. Teruskan semangat anda dalam membudayakan amalan membaca.. membaca jambatan ilmu.





Surat penghargaan kepada penyumbang papan tanda

Menyerahkan surat penghargaan kepada Perbadanan Pinjaman Sabah yang telah menyumbang 3 buah papan tanda.
Surat penghargaan ini disampaikan sendiri oleh Guru Besar SKBS kepada Pengurus Pusat Pelanggan Papar, Perbadanan Pinjaman Sabah, Puan Caroline George.

Papan tanda yang telah ditaja:-
Agro Garden
RBT Garden
The Sayang's Botanical Garden

Warga SKBS sangat berbesar hati dan mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan tersebut.

Sumbangan Pendingin Hawa

Sekalung penghargaan, kepada Tuan Sahrin Haji Alias, merupakan komuniti prihatin yang menyumbang dua buah pendingin hawa di Pusat Sumber sekolah. 

Sumbangan bertujuan memperkasa fizikal pusat sumber sekolah bagi persiapan ke Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan 2022

Warga sekolah sangat berbesar hati atas sumbangan tersebut dan mengucapkan berbanyak terima kasih.
Semoga kebaikan mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.

20 April, 2022

Program Wakaf Buku

PROGRAM WAKAF BUKU
Menerima sumbangan bahan bacaan berupa buku dan majalah dari Cikgu Isah Mohamad Fatah serta komuniti prihatin Puan Rosmawati Matsalleh (diwakili oleh anak beliau, Nurhikmah 6S)
Terima kasih banyak2 atas kemurahan hati. Semoga mendapat berkah-Nya.