Rak Digital PSSSMART SK Buang Sayang

Bahan bacaan kini di hujung jari anda. Klik link https://anyflip.com/bookcase/tphvx untuk mula membaca buku secara atas talian.

P/s: Jangan lupa ubah tetapan ke "desktop site" jika anda menggunakan telefon pintar.
Selamat membaca
#SKBSSMART #bekarihkitani

Sejarah

       Sekolah Kebangsaan Buang Sayang ialah sebuah sekolah baharu dibina dalam Rancangan Pembangunan Malasia Ke-enam. Ianya terdiri dari tiga buah bangunan yang masing-masing mempunyai tiga tingkat dan 8 buah rumah guru. Terletak 36 kilometer dari bandar Kota Kinabalu dalam Bahagian Pantai Barat Selatan, Sabah dan boleh dihubungkan dengan semua jenis kenderaan. Kos pembinaannya menelan belanja lebih kurang RM 4.5 juta. Sekolah ini terletak di kawasan  seluas 4.47 ekar dan mempunyai sedikit keunikan di mana ianya dibina di atas tanah Kampung Melugus. Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada 01 Disember 1994.

          Sebagai permulaan, seramai 16 orang guru telah ditempatkan untuk berkhidmat di sekolah ini. Mereka datang dari sekolah-sekolah dalam dan luar daerah Papar melalui proses permohonan dan penempatan. Murid-murid yang ada pada ketika itu ialah seramai 158 orang sahaja. Bilangan bilik darjah ialah sebanyak 12 buah dan boleh menampung seramai 480 k4 540 orang murid. Disebabkan murid yang sedia ada  tidak ramai maka hanya 8 buah bilik darjah  sahaja dibuka ketika itu iaitu untuk Tahun 1(sebuah), Tahun 2 (sebuah), Tahun 3 (sebuah), Tahun 4 ( 2 buah ) dan Tahun 5 (2 buah). Tahun 6  belum diwujudkan lagi dan sesi persekolahan dijalankan dalam satu sidang.

          Murid-murid yang bersekolah di sekolah ini adalah dari mereka yang belajar dari sekolah-sekolah yang berhampiran. Mereka tinggal di kampung Timbagan, Melugus, Buang Sayang, Sapat dan ada juga yang datang dari kampung yang agak jauh seperti Kampung Pengalat Besar, Papar. Mereka bergaul dengan harmoni walaupun terdiri dari berbilang bangsa dan keturunan. Mereka datang ke sekolah dengan berjalan kaki, menunggang basikal dan ada juga yang dihantar dengan menaiki kereta dan van.

          Selaras dengan visi sekolah sebagai institusi ilmu, wajar ianya diperkemas dan dipertingkatkan peranannya di dalam bidang pembelajaran dan sahsiah supaya selaras dengan keindahan fizikalnya. InshaaAllah.


No comments:

Post a Comment