Rak Digital PSSSMART SK Buang Sayang

Bahan bacaan kini di hujung jari anda. Klik link https://anyflip.com/bookcase/tphvx untuk mula membaca buku secara atas talian.

P/s: Jangan lupa ubah tetapan ke "desktop site" jika anda menggunakan telefon pintar.
Selamat membaca
#SKBSSMART #bekarihkitani

28 March, 2022

Program Wakaf Buku Pusat Sumber Al-Ghazali

Menerima 27 buah sumbangan wakaf buku daripada Cikgu Rahimah Alijang, seorang guru sekolah menengah yang prihatin.

Menerima 59 buah wakaf buku daripada Cikgu Jamilah Yussof, guru SKBS yang 'melepaskan' koleksi buku-buku kesayangan beliau untuk diwakafkan di sekolah.

Sumbangan wakaf buku ini akan menambah koleksi bahan bacaan di PSS dan menambah bahan bacaan di sudut rangkaian PSS seluruh kawasan sekolah.

Terima kasih para penyumbang.. Semoga menjadi asbab kebaikan di dunia dan di akhirat.

26 March, 2022

Hari Pembayaran Pelbagai Sekolah Tahun 1 - 6

26 Mac 2022 (Sabtu)
Dikelolakan oleh Unit Hem dibantu oleh guru kelas dan guru pendamping
Tahniah Unit Hem dan terima kasih semua ibu bapa yang hadir.



Muafakat dan terus melangkah ke hadapan#paparsmart
#skbssmart
#bekarihkitani

23 March, 2022

Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil 2/2022

Tarikh : 23 Mac 2022
Masa: 2 petang
Tempat : Bilik Gerakan, SKBS
Dipengerusikan oleh Guru Besar





Muafakat dan terus melangkah ke hadapan
#paparsmart
#skbssmart
#bekarihkitani

Memperkasa Koleksi Setempat & Aktiviti Literasi Maklumat Melalui Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Kuih Cincin Rabiatul, Kg Melugus Papar

23 Mac 2022, jam 10 pagi, terdiri daripada 17 orang pengawas pusat sumber, 5 orang guru dan seorang AKP.

Selain melawat tempat memproses kuih cincin. Diadakan aktiviti 'Wartawan Cilik' menemubual pemilik Kilang Rabiatul, Puan Ainie.. Turut bangga, adanya kilang IKS d Mukim Buang Sayang yang terkenal dan berjaya menembusi pasaran global.







Muafakat dan terus melangkah ke hadapan
#JPNSabah
#pejabatpengarahpendidikansabah
#paparsmart
#skbssmart
#bekarihkitani
#misiapsskebangsaan2022
#TS25kohort5
#misiserasi2023
#EKSA

Aktiviti Orientasi Pra Sekolah

Minggu pertama aktiviti orientasi pra sekolah.
(Kelas Rose Lily) - 23 Mac 2022 
Tugasan: Membuat untaian straw. 
Seronok dan teruja murid-murid ini menghasilkan untaian straw dan berkongsi hasil tugasan bersama rakan.








Muafakat dan terus melangkah ke hadapan
#paparsmart
#skbssmart
#bekarihkitani

22 March, 2022

Hari Kedua Sesi Persekolahan (22 Mac 2022)

Pemantauan pengoperasian sekolah oleh Pegawai SISC+ PPD Papar, Dr Roslitah Madun.
Terima kasih atas kunjungan dan selia bantu kepada sekolah kami.


Muafakat dan terus melangkah ke hadapan
#paparsmart
#skbssmart
#bekarihkitani

Majlis Pelancaran Program Nilam & Wakaf Buku 2022

Semua warga SKBS, ibubapa/penjaga dan komuniti dijemput menonton Majlis Pelancaran Program Nilam dan Wakaf Buku Tahun 2022 secara maya melalui platform youtube.



Kesudian tuan/puan untuk menyaksikan majlis tersebut amatlah dihargai.

21 March, 2022

Program Wakaf Buku Pusat Sumber Al-Ghazali

38 buah bahan bacaan diterima pagi ni berupa majalah dan buku dari Pen Kanan Kokurikulum, Puan Hapsah Haji Marjaman.

Terima kasih banyak atas sumbangan tersebut, semoga dimurahkan lagi rezeki cikgu sekeluarga.


Muafakat dan terus melangkah ke hadapan

Hari pertama sesi persekolahan 2022/2023

Selamat datang dan selamat kembali ke sekolah murid-murid SKBS. Seawal pagi disambut oleh Guru Besar, barisan pentadbir dan guru bertugas.

Semoga terus bersemangat datang ke sekolah. Belajar rajin-rajin, jaga disiplin diri dan patuhi SOP ketika berada di sekolah.



  




    

  

Muafakat dan terus melangkah ke hadapan
#JPNSabah
#pejabatpengarahpendidikansabah
#paparsmart
#skbssmart
#bekarihkitani
#misiapsskebangsaan2022
#TS25kohort5
#misiserasi2023
#EKSA

15 March, 2022

"Saya Sudah Divaksin"

Suasana hari ini di sekolah untuk Program PICKIDS, bertempat di SK Buang Sayang Papar..
Turut dikunjungi wakil dr PPD Papar, Encik Roslan. Terima kasih KKM, Unit Hem, team kesihatan sekolah serta semua jawatan kuasa yang terlibat pada hari ini.









    

  

Muafakat dan terus melangkah ke hadapan
#paparsmart
#skbssmart
#bekarihkitani
#misiapsskebangsaan2022
#TS25kohort5
#misiserasi2023
#EKSA