Rak Digital PSSSMART SK Buang Sayang

Bahan bacaan kini di hujung jari anda. Klik link https://anyflip.com/bookcase/tphvx untuk mula membaca buku secara atas talian.

P/s: Jangan lupa ubah tetapan ke "desktop site" jika anda menggunakan telefon pintar.
Selamat membaca
#SKBSSMART #bekarihkitani

21 April, 2022

Program Jom Baca 10 Minit SK Buang Sayang Papar

"Bangkit Baca Syukur"
Program Jom Baca 10 Minit SK Buang Sayang Papar
21 April 2022 - 11.00 hingga 11.10 pagi.

Tahniah semua murid dan guru-guru yang terlibat. Teruskan semangat anda dalam membudayakan amalan membaca.. membaca jambatan ilmu.





Surat penghargaan kepada penyumbang papan tanda

Menyerahkan surat penghargaan kepada Perbadanan Pinjaman Sabah yang telah menyumbang 3 buah papan tanda.
Surat penghargaan ini disampaikan sendiri oleh Guru Besar SKBS kepada Pengurus Pusat Pelanggan Papar, Perbadanan Pinjaman Sabah, Puan Caroline George.

Papan tanda yang telah ditaja:-
Agro Garden
RBT Garden
The Sayang's Botanical Garden

Warga SKBS sangat berbesar hati dan mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan tersebut.

Sumbangan Pendingin Hawa

Sekalung penghargaan, kepada Tuan Sahrin Haji Alias, merupakan komuniti prihatin yang menyumbang dua buah pendingin hawa di Pusat Sumber sekolah. 

Sumbangan bertujuan memperkasa fizikal pusat sumber sekolah bagi persiapan ke Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan 2022

Warga sekolah sangat berbesar hati atas sumbangan tersebut dan mengucapkan berbanyak terima kasih.
Semoga kebaikan mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.

20 April, 2022

Program Wakaf Buku

PROGRAM WAKAF BUKU
Menerima sumbangan bahan bacaan berupa buku dan majalah dari Cikgu Isah Mohamad Fatah serta komuniti prihatin Puan Rosmawati Matsalleh (diwakili oleh anak beliau, Nurhikmah 6S)
Terima kasih banyak2 atas kemurahan hati. Semoga mendapat berkah-Nya.


Kunjungan dari SK Surati Papar

Menandatangani jaringan kerjasama antara Guru Besar SKBS dan Guru Besar, SK Surati Papar serta menyampaikan sumbangan bunga pandan kuning.

Warga SKBS mendoakan semoga berjaya - SK Surati Papar dalam Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Sabah 2022.. .






Muafakat dan terus melangkah ke hadapan
#paparsmart #skbssmart #bekarihkitani #misiapsskebangsaan2022 #misiserasi2023
#TS25kohort5

19 April, 2022

Lawatan Perkhidmatan Kesihatan

Lawatan Perkhidmatan Kesihatan daripada Unit Pasukan Kesihatan Sekolah (PKS Daerah) yg di ketuai oleh Pn Noraznah Hj. Salleh.

Tarikh : 19 April 2022 (Selasa)
Tujuan:
1. Pemeriksaan Fizikal utk murid Prasekolah dan Tahun 6
2. Pemeriksaan Fizikal, Mata dan suntikan imunisasi Diptheria Tetanus (DT Dos Tambahan ) dan Measles Rubella (MR Dos Tambahan)

Tahniah Unit Hem dan semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini..






Muafakat dan terus melangkah ke hadapan
#paparsmart #skbssmart #bekarihkitani #misiapsskebangsaan2022 #misiserasi2023
#TS25kohort5

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan

Ceramah Kepimpinan Murid yang disampaikan oleh Penolong Kanan 1, Cikgu Mohammad Annuar A. Hamzah & Penyampaian Watikah Pelantikan oleh Guru Besar kepada semua pemimpin kecil SKBS:-

Ketua kelas & Penolong Ketua Kelas
Pengawas Sekolah
Pengawas Pusat Sumber
Pembimbing Rakan Sebaya

Tahniah semua yang telah dilantik. Semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan semangat.

Muafakat dan terus melangkah ke hadapan
#paparsmart #skbssmart #bekarihkitani #misiapsskebangsaan2022 #misiserasi2023
#TS25kohort5