Rak Digital PSSSMART SK Buang Sayang

Bahan bacaan kini di hujung jari anda. Klik link https://anyflip.com/bookcase/tphvx untuk mula membaca buku secara atas talian.

P/s: Jangan lupa ubah tetapan ke "desktop site" jika anda menggunakan telefon pintar.
Selamat membaca
#SKBSSMART #bekarihkitani

04 July, 2022

SENTUHAN MOTIVASI PEMIMPIN MASYARAKAT


Suntikan motivasi dan pelancaran Program Kitar Semula peringkat sekolah dan Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber di SK Buang Sayang  oleh YBhgia Dato' Armizan bin Mohd Ali, Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri dan Pengerusi Persatuan Setiakawan Sabah. Turut dihadiri oleh YDP PIBG, En Mohd Asbie bin Hj Latip

Terima kasih juga atas sumbangan dana, sebuah pendingin hawa untuk pusat sumber dan buku terbitan Dato' sendiri.
Tetamu terhormat turut berpeluang meninjau persiapan Pusat Sumber Al-Ghazali SK Buang Sayang ke
APSSK dan memberi idea-idea bernas untuk penambahbaikan.


03 July, 2022

Kunjungan YB ke Pusat Sumber Al-Ghazali SKBS

Sekitar kunjungan YB Tamin Zainal (Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah merangkap ADUN N29 Pantai Manis) ke Pusat sumber Al-Ghazali SKBS
Sempena MAT PIBG

Terima kasih atas sokongan padu yang diberikan kepada pusat sumber sekolah.. Kunjungan ini menyuntik semangat untuk terus bersaing secara positif di peringkat kebangsaan pada tahun ini.

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKBS 2022

Suasana sekitar MAT PIBG 2022

Disempurnakan oleh YB Tamin bin Zainal.. Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah, merangkap ADUN N29 Pantai Manis.

Jumlah kehadiran mencatatkan 164 orang, 146 dalam kalangan ibubapa & guru, 14 orang
rombongan YB / Jemputan Khas / Pemimpin Masyarakat dan 3 orang dari DBP, KK serta beberapa orang pengunjung luar yang turut melawat booth DBP.

Tahniah semua yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini.

Antara aktiviti menarik ialah cabutan tiket bertuah kepada sebanyak 59 hadiah cabutan dan 3 hadiah utama iaitu basikal.
Terima kasih kepada penyumbang hadiah cabutan bertuah termasuk basikal ini, tahniah juga kepada yang telah berjaya mendapat hadiah.


01 July, 2022

Program Ceramah Kesihatan Penyakit Berjangkit (HFMD)

Program Ceramah Kesihatan Penyakit Berjangkit (HFMD) Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Kesihatan dgn Kerjsama Klinik Kesihatan Daerah Papar. 
Tarikh : 30 Julai 2022 (Khamis)
Tempat : Ruang Legar SKBS
Sasaran Murid Pra Sek hingga Tahun 6

Penyampai : En Zulhilmi Bin Abdul Sani
Pen Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Papar.

Tahniah Unit HEM dan semua jawatankuasa yang terlibat dalam program ceramah kesihatan pada kali ini

30 June, 2022

PELANCARAN e-MAJALAH SEKOLAH - SK BUANG SAYANG PAPAR 2022/2023

Julung kali diterbitkan secara digital.. boleh imbas QR code dalam poster dibawah untuk melayari bahan e-majalah..
Gimik pelancaran disempurnakan oleh YDP PIBG Encik Mohd Asbie Hj Latip diiringi oleh Guru Besar dan semua penolong kanan.

Selamat membaca.. Jangan lupa isi dalam Rekod NILAM ya.. Terima kasih
 
Jom Membaca Kitani / Let's Read



muafakat dan terus melangkah ke hadapan
#paparsmart #skbssmart #bekarihkitani #misiapsskebangsaan2022 #misiserasi2023
#TS25kohort5

17 June, 2022

PROGRAM BANTUAN BACK TO SCHOOL


Penyampaian Program Bantuan Back To School kepada 15 orang murid SKBS yang terpilih sumbangan daripada Petronas sesi 2022/2023.


Muafakat dan terus melangkah ke hadapan
#paparsmart
#skbssmart
#bekarihkitani
#misiapsskebangsaan2022
#misiserasi2023
#TS25kohort5

16 June, 2022

PENGHARGAAN BUAT GURU BESAR

Tahniah GB, atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021. Semoga terus sukses, diberi limpahan idea dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk memimpin Team SKBSSMART ..

13 June, 2022

Lawatan pemantauan fasa 2 pembukaan sekolah oleh PPS


Seawal pagi hari ini, menerima lawatan PPS Kopral Juzaili Mohamad ke SK Buang Sayang Papar. Lawatan bertujuan pemantauan fasa 2 pembukaan sekolah.
Muafakat dan terus melangkah ke hadapan

29 May, 2022

PAMERAN BERTEMA DIGITAL PESTA KAAMATAN 2022

Asalamualaikum dan salam hormat,

PSS AL GHAZALI - Pusat Sumber SK Buang Sayang mengadakan Pameran Bertema Secara Digital sempena Sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini

Pameran tersebut boleh diakses dipautan berikut
http://online.anyflip.com/kujrd/vpow

Bersama kita memeriahkan Sambutan Pesta Kaamatan secara maya, dengan berkongsi pautan ini bersama rakan-rakan dan ahli keluarga tersayang
 
Jangan lupa, jawab kuiz literasi maklumat.

Sekian, terima kasih.

Muafakat dan terus melangkah ke hadapan
#PaparSmart #SKBSSMART #bekarihkitani

27 April, 2022

"16 PILLARS OF WISDOM"

Gabungan dua pondok bas yang menjadi keunikan pondok ini.
Pondok yang setia menanti kehadiran murid setiap hari. Pagi ini hujan membasahi bumi, namun bukan halangan untuk murid hadir ke sekolah dn disambut oleh Guru Penolong Kanan 1 & guru bertugas.
Tahniah semua murid yang hadir hari ni.

26 April, 2022

Sumbangan bahan bantu PDP KIT PAK-21 dari Team SISC+ PPD Papar (SPB)

Penolong Kanan 1, Cikgu Mohammad Annuar A.Hamzah menerima sumbangan bahan bantu PDP KIT PAK-21 dari Team SISC+ PPD Papar (SPB).

Terima kasih banyak atas kemurahan hati. Semoga sumbangan ini dapat menjadikan sesi pdp lebih menarik, seronok dan bermakna.



Muafakat dan terus melangkah ke hadapan
#paparsmart #skbssmart #bekarihkitani #misiapsskebangsaan2022 #misiserasi2023
#TS25kohort5

22 April, 2022

Program Inisiatif PSS - Team Wartawan Cilik SKBS

Peranan - mendapatkan maklumat tentang sesuatu isu / tajuk. 
Menjalankan temubual - mencatat & membuat rakaman.

Impak program kepada murid :-
- meningkatkan ilmu pengetahuan
- membina keyakinan diri
- meningkatkan kemahiran komunikasi
- mengalakkan pemikiran kritis dan kreatif
- membentuk semangat berpasukan
- memperkasa aktiviti literasi maklumat
 
Ahli : 8 orang, Guru Pembimbing : Cikgu Dg Norlela, Cikgu Sherone & Teacher Norhairani
 
Pengalaman pertama menemubual Cikgu Isah berkenaan tajuk Sejarah & Perkembangan SK Buang Sayang, Papar. Cikgu Isah dipilih kerana beliau merupakan guru berpengalaman dan yang paling lama berkhidmat di sekolah ini.

Turut disampaikan amanat dan kata-kata motivasi dari Guru Besar.
Didoakan semoga terus sukses Team Wartawan Cilik dan tidak gentar untuk menyahut cabaran