Rak Digital PSSSMART SK Buang Sayang

Bahan bacaan kini di hujung jari anda. Klik link https://anyflip.com/bookcase/tphvx untuk mula membaca buku secara atas talian.

P/s: Jangan lupa ubah tetapan ke "desktop site" jika anda menggunakan telefon pintar.
Selamat membaca
#SKBSSMART #bekarihkitani

20 April, 2022

Kunjungan dari SK Surati Papar

Menandatangani jaringan kerjasama antara Guru Besar SKBS dan Guru Besar, SK Surati Papar serta menyampaikan sumbangan bunga pandan kuning.

Warga SKBS mendoakan semoga berjaya - SK Surati Papar dalam Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Sabah 2022.. .






Muafakat dan terus melangkah ke hadapan
#paparsmart #skbssmart #bekarihkitani #misiapsskebangsaan2022 #misiserasi2023
#TS25kohort5

19 April, 2022

Lawatan Perkhidmatan Kesihatan

Lawatan Perkhidmatan Kesihatan daripada Unit Pasukan Kesihatan Sekolah (PKS Daerah) yg di ketuai oleh Pn Noraznah Hj. Salleh.

Tarikh : 19 April 2022 (Selasa)
Tujuan:
1. Pemeriksaan Fizikal utk murid Prasekolah dan Tahun 6
2. Pemeriksaan Fizikal, Mata dan suntikan imunisasi Diptheria Tetanus (DT Dos Tambahan ) dan Measles Rubella (MR Dos Tambahan)

Tahniah Unit Hem dan semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini..






Muafakat dan terus melangkah ke hadapan
#paparsmart #skbssmart #bekarihkitani #misiapsskebangsaan2022 #misiserasi2023
#TS25kohort5

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan

Ceramah Kepimpinan Murid yang disampaikan oleh Penolong Kanan 1, Cikgu Mohammad Annuar A. Hamzah & Penyampaian Watikah Pelantikan oleh Guru Besar kepada semua pemimpin kecil SKBS:-

Ketua kelas & Penolong Ketua Kelas
Pengawas Sekolah
Pengawas Pusat Sumber
Pembimbing Rakan Sebaya

Tahniah semua yang telah dilantik. Semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan semangat.

Muafakat dan terus melangkah ke hadapan
#paparsmart #skbssmart #bekarihkitani #misiapsskebangsaan2022 #misiserasi2023
#TS25kohort5

Program Nuzul al-Quran

Program Nuzul al-Quran, 17 Ramadan 1443H, bersamaan 19 April 2022, bertempat di Taman Lavender SKBS.

Tentatif program:
Doa dan Tazkirah oleh Ustaz Mohd Iqbal
Bercerita Kisah Nuzul Quran oleh Adik Nursaidatul Huda Noor Faizal

Tahniah kepada penganjur, Panitia Agama Islam & Bahasa Arab dan semua guru dan staf yang terlibat. 
Pengisian program juga sempena Bulan Pusat Sumber yang berlangsung sepanjang April - Mei.

Muafakat dan terus melangkah ke hadapan
#paparsmart #skbssmart #bekarihkitani #misiapsskebangsaan2022 #misiserasi2023 #TS25kohort5

18 April, 2022

Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 2022/2023

Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 2022/2023 berlangsung pagi tadi bertempat di Ruang Legar SKBS.

Tahniah semua murid Tahun 1, Penyelaras Transisi serta semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini.






Latihan kuiz dan e-poster bagi penyertaan Mysihat Care e-Challenge 2022

Berlangsung hari ini latihan kuiz dan e-poster bagi penyertaan Mysihat Care e-Challenge 2022, bertempat di Makmal Komputer SKBS.

Kesemua lima badan Unit Beruniform mengambil bahagian.
Didoakan semoga team SKBS berjaya mencapai kejayaan dalam pertandingan ini nanti..


Muafakat dan terus melangkah ke hadapan
#paparsmart #skbssmart #bekarihkitani #misiapsskebangsaan2022 #misiserasi2023 #TS25kohort5

13 April, 2022

Wakaf Buku

Program Kebitaraan PSS-AG semakin mendapat perhatian komuniti setempat..

Alhamdulillah, Ahad lalu menerima sumbangan Wakaf Buku sebanyak 6 buah dari insan prihatin (Puan Dg Norliah Ali Omar) yang disampaikan kepada GPM SKBS.
Pihak sekolah sangat menghargai sumbangan tersebut dan mengucapkan berbanyak terima kasih.